ALOR SETAR 5 Nov. - Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin akan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu pada Istiadat Konvokesyen ke-31 universiti itu di Dewan Mu'adzam Shah, Sintok dekat sini, 11 Nov ini.
Cuti yang produktif
MAHASISWA universiti awam memulakan cuti pertengahan semester bermula 3 November lalu sehingga 11 November ini. Apakah aktiviti yang dirancang mereka? Adakah sekadar berehat di rumah, makan dan tidur sahaja dek lelah menghadiri kuliah dan menelaah buku di universiti? Ataupun bercuti bersama rakan-rakan sebaya untuk melepaskan tekanan dan mendapatkan semangat baharu sebelum memulakan semester kembali?
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Setelah menikmati kadar gaji yang mewah, anggota kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan seperti telah mula ‘lupa diri’, dalam memperjuangkan nasib graduan serta golongan berpendapatan rendah yang hidup dalam kesempitan.
UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) telah mengenal pasti banyak tarikan alam sekitar dan kesan peninggalan sejarah di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor, yang belum dikomersialkan. Pulau yang pernah menjadi pintu masuk di wilayah Johor timur pada kurun ke-19 itu sukar berkembang pesat jika tiada usaha dibuat bagi memajukan ekopelancongan di pulau tersebut.
KEMAMAN 4 Nov. - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kemaman menganjurkan Pertandingan Inovasi dan Kreativiti TVET (TICPRO) 2018 kali kedua selama dua hari di sini baru-baru dengan sebanyak 46 projek dinilai.
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Universiti Newcastle, United Kingdom telah menganugerahkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang dengan Ijazah Kehormat Doktor Sains sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan penting beliau dalam bidang pengajiannya.
BUAT julung kalinya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan program berkonsepkan pengetahuan merentasi bidang yang pertama di Malaysia. Ia dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Am (ISMPA) UTM. Ia ditawarkan khusus kepada pelajar lepasan Program Asasi, Matrikulasi dan graduan lepasan Diploma. Tujuan mewujudkan program ini adalah antara usaha UTM untuk melahirkan graduan yang berinovatif dan kompeten dalam kerjaya.