Taufan Florence tiba di AS
WILMINGTON, Amerika Syarikat – Angin kencang dan hujan mula melanda pantai timur Amerika Syarikat selepas dibadai taufan Florence semalam, dengan ahli kaji cuaca memberi amaran ancaman banjir.
GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin berkata, situasi di Gaza seperti berdepan ‘malapetaka’ selepas 11 tahun mengalami kepungan ekonomi.
PARIS – Seorang adi wira migran dari Mali yang digelar ‘Spiderman’ kerana menggadai nyawa bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergantung pada kekisi balkoni di sebuah apartmen di Paris dianugerah status warga negara Perancis, menurut satu dekri kerajaan.
STRASBOURG, Perancis – Parlimen Eropah semalam meluluskan rang udang-undang kontroversi Kesatuan Eropah (EU) yang memberikan lebih kuasa kepada syarikat berita dan rakaman terhadap gergasi internet seperti Google serta Facebook.
PARIS – Kanser akan membunuh hampir 10 juta orang pada tahun ini, kata pakar-pakar semalam sambil memberi amaran, bebanan global akibat penyakit berkenaan meningkat di sebalik kaedah pencegahan yang lebih baik dan diagnosis awal.
JALALABAD, Afghanistan – Angka korban akibat serangan bunuh diri menyasarkan penunjuk perasaan di Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa semalam ketika keganasan merebak ke seluruh negara.
GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyenaraikan 38 negara ‘memalukan’ termasuk China dan Rusia yang dikatakan bertindak keras termasuk membunuh, menyeksa dan melakukan tangkapan di luar undang-undang terhadap mereka yang bekerjasama dengan PBB berhubung hak asasi manusia.