WASHINGTON - Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa (gambar) bakal menjadi orang persendirian pertama yang membayar untuk mengelilingi Bulan dengan menaiki roket SpaceX generasi baharu, lapor agensi berita Xinhua semalam.
TOKYO – Jepun mengadakan latihan kapal selam pertama di Laut China Selatan, lapor sebuah akhbar semalam, langkah yang boleh mencetuskan provokasi berikutan Beijing menuntut hampir keseluruhan perairan tuntutan bertindih itu.
GRIFTON, Carolina Utara – Banjir besar mencetuskan ancaman empangan pecah dan tanah runtuh di tenggara Amerika Syarikat (AS) semalam, melanjutkan lagi penderitaan akibat Taufan Florence yang meragut lebih 12 nyawa dan mendatangkan kerosakan berbilion-bilion dolar.
PARIS – Robot akan mengambil alih 52 peratus tugas pekerjaan masa kini menjelang tahun 2025, peningkatan hampir dua kali ganda berbanding sekarang, demikian menurut kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) semalam.
ITOGON, Filipina – Pasukan penyelamat Filipina bertungkus-lumus mengorek timbunan tanah semalam bagi mencari berpuluh-puluh orang yang dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh susulan Taufan Mangkhut.
MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan semalam bahawa pihaknya mendedahkan maklumat baharu bagi menyokong dakwaan bahawa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat milik Malaysia Airlines di Ukraine pada 2014 ditembak oleh tentera Kiev.
JOLO, Filipina - Tiga nelayan Indonesia yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf dibebaskan selepas mereka dijadikan tebusan selama 18 bulan di selatan Filipina, kata pihak tentera semalam.