WILMINGTON, Carolina Utara – Hujan, angin kencang dan banjir melanda negeri Carolina Utara dan Carolina Selatan semalam ketika Taufan Florence membadai kawasan pesisir pantai dan mengancam berjuta-juta penduduk.
MANILA – Pihak berkuasa Filipina mengosongkan lebih banyak kawasan semalam dan memberi amaran supaya 5.2 juta orang tidak keluar rumah menjelang ketibaan Taufan Super Mangkhut yang dijangka membawa hujan lebat dan mengakibatkan kerosakan infrastruktur serta tanaman.
Manusia terkaya bidas Trump
WASHINGTON – Pengasas laman jualan Amazon dan pemilik akhbar Washington Post, Jeff Bezos kelmarin memberi amaran bahawa serangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap media membahayakan negara berkenaan.
ANDOVER, Massachusetts – Berpuluh-puluh letupan yang disebabkan saluran paip gas asli pecah menggegarkan tiga kejiranan di Andover dekat Boston kelmarin, menyebabkan sekurang-kurang seorang maut, 12 cedera dan ratusan penduduk berpindah, kata beberapa pegawai.
PERTH – Seorang wanita berusia 29 tahun kehilangan kelima-lima jari kaki kanan gara-gara dijangkiti sejenis kuman pemakan tulang selepas menjalani rawatan spa ikan ketika bercuti di Thailand.
Mata wang digital merudum
FRANKFURT, Jerman – Nilai mata wang kripto seperti Bitcoin dan lain-lain bentuk mata wang digital menjunam sebanyak 80 peratus sejak Januari lalu dengan jumlah kerugian sebanyak AS$640 bilion (RM2.7 trilion), menurut analisis industri semalam, lapor MailOnline.
MISSOURI, Amerika Syarikat – Seorang warga emas dijangkiti beberapa ketulan bengkak berwarna kemerah-merahan yang pelik pada lehernya dipercayai akibat jangkitan bakteria berbahaya daripada kucingnya yang telah mati.