BANGKOK 19 Sept. - Dua wanita rakyat negara ini yang juga peminat aktor popular Korea Selatan, Lee Jong Suk didakwa kerana menceroboh lapangan terbang Thailand dengan menyamar sebagai pegawai kastam semata-mata mahu bertemu aktor tersebut.
HONG KONG 19 Sept. - Seorang Profesor warga Malaysia dihukum penjara seumur hidup di sini setelah didapati bersalah membunuh isteri dan anak perempuannya menggunakan bola yoga mengandungi karbon monoksida yang diletakkan dalam kereta mereka.
CANBERRA - Mereka yang didapati bersalah mencemarkan buah-buahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun di bawah undang-undang baharu umum kerajaan Australia hari ini.
Beijing akan ambil tindakan
WASHINGTON – Beijing berikrar akan bertindak ke atas Washington semalam dan memberi amaran tentang ‘ketidaktentuan’ dalam rundingan perdagangan selepas Presiden Donald Trump menyasarkan tarif bernilai AS$200 bilion (RM828 bilion) ke atas produk China berkuat kuasa minggu depan.
ITOGON, Filipina – Beratus-ratus anggota pasukan penyelamat Filipina menggunakan penyodok dan tangan untuk menggali di celah-celah tanah runtuh yang dikhuatiri mengorbankan berpuluh-puluh mangsa di rantau yang paling teruk terjejas akibat Taufan Mangkhut.
LONDON – Seramai enam juta kanak-kanak di seluruh dunia mati akibat penyakit boleh cegah dan komplikasi lain tahun lalu atau hampir separuh daripada kematian serupa pada tahun 2000 selepas negara-negara dunia menyokong usaha menghapuskan kemiskinan tegar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.
CALIFORNIA, Amerika Syarikat – Seorang remaja lelaki bertindak jujur apabila menyerahkan tas tangan mengandungi wang tunai AS$10,000 (RM41,400) yang ditemuinya di tengah jalan kepada polis pada minggu lepas.