ANN ARBOR, Michigan - Amalan berjalan di luar rumah selama 20 minit setiap hari mampu mengurangkan tahap tekanan badan secara mendadak dan meningkatkan kesihatan, dakwa sekumpulan penyelidik Universiti Michigan di sini baru-baru ini.
CHRISTCHURCH, New Zealand - Seorang hakim New Zealand semalam mengarahkan suspek penyerang masjid Christchurch menjalani penilaian kesihatan mental bagi menentukan sama ada tertuduh layak untuk dibicara berhubung pembunuhan 50 jemaah Islam.
PARIS - Polis Perancis kelmarin melancarkan operasi memburu sekumpulan perompak yang mencuri sejumlah batu permata bernilai beribu-ribu euro dan pakaian berjenama dalam satu kejadian rompakan di sebuah hotel mewah di Paris, kata polis.
PARIS - Sebanyak tiga pucuk surat cinta daripada pemimpin Perancis, Napoleon Bonaparte kepada isteri, Josephine yang ditulis antara tahun 1796 hingga 1804 dijual pada harga €513,000 (RM2.35 juta), menurut rumah lelongan Drouot kelmarin.
CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND - Lelaki kulit putih yang didakwa menyerang dua buah masjid di bandar Christchurch pada bulan lalu bakal berdepan 50 pertuduhan membunuh apabila dia dihadapkan ke mahkamah hari ini, kata polis New Zealand.
LONDON - Geram melihat pelajaran anaknya merosot gara-gara leka bermain PS4, seorang bapa di Britain memandu kereta dan menggilis konsol permainan video kanak-kanak berkenaan.
TAMAN NEGARA SERENGETI, Tanzania – Seorang jurugambar rangkaian televisyen National Geographic menjumpai seekor kuda belang liar berbulu putih dan perang di sini baru-baru ini.