ISKANDAR PUTERI - Seorang bayi lelaki berusia satu bulan ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dipercayai lemas di dalam bilik rumah teres dua tingkat di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah di sini pagi semalam.
SABAK BERNAM - Seorang penjenayah yang disyaki terlibat dalam lima kes pecah rumah di daerah ini diberkas ketika sedang menjamah makanan di sebuah restoran di Sungai Besar di sini, Jumaat lalu.
CYBERJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng percaya terdapat lebih ramai individu dan persatuan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain daripada 41 responden yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
SHAH ALAM - Malang menimpa bagi dua penyamun bersenjatakan parang di sini apabila mereka diberkas dalam tempoh 20 minit selepas melakukan jenayah di sebuah stesen minyak di Sri Muda, Seksyen 25, Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, mendakwa tiga produk keluarannya telah diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga mengakibatkannya mengalami kerugian teruk sejak tahun lalu.
SHAH ALAM - Tindakan samseng seorang lelaki melepaskan satu das tembakan ke udara menggunakan pistol di kawasan parkir sebuah restoran di Alam Megah di sini, Rabu lalu membongkar penglibatannya dalam kumpulan kongsi gelap Double Seven (77).
MELAKA - Seorang inspektor dan empat anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan bernilai RM6,000 membabitkan kesalahan pemilikan air ketum pada Mac lalu.