SHAH ALAM - Mahkamah Koroner di sini hari ini diperkenalkan empat peguam daripada Jabatan Peguam Negara yang akan mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.
GEORGE TOWN - Mayat empat pekerja lelaki warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan tembok sebuah resort di Tanjung Bunga di sini dibawa keluar awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi didakwa buat kali keempat di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tujuh pertuduhan rasuah berjumlah $SGD4.24 juta membabitkan pengendalian Sistem Visa Luar Negara (VLN) dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) menahan seorang lelaki warga asing serta merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Chow Kit di sini semalam.
MONTEVIDEO - Ketua mafia Itali, Rocco Morabito, 52, berjaya meloloskan diri daripada sebuah penjara di sini pada Ahad lalu, di mana dia sedang menunggu proses ekstradisi ke Itali, menurut Kementerian Dalam Negeri Uruguay dalam satu kenyataan akhbar semalam.
PONTIAN - Dua beradik dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keluarga mereka di Taman Megah di sini dari sekolah dalam kejadian semalam.
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan pengeluaran Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (PPP) bagi pembinaan bas baharu bermula 1 Julai hadapan.