SHAH ALAM - Seramai 28 individu kini direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rusuhan bersenjata di Kuil Kaliamma, Bestari Jaya, Kuala Selangor malam tadi.
MELAKA - Lebih RM1.38 juta bayaran saman berjaya dikutip oleh Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Melaka sepanjang dua hari mengadakan kaunter semakan serta bayaran saman di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini pada hujung minggu lalu.
BESUT - Sebuah bar di Pasir Panjang, Pulau Perhentian yang penuh dengan pengunjung kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing di serbu polis tengah malam tadi kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.
IPOH - Barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dipercayai dilarikan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau di sini awal pagi tadi.
PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya merampas sosej babi seberat 35 kilogram (kg) dan 20 kg menerusi dua tangkapan berbeza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Sepang dekat sini pada 28 dan 31 Julai lalu.
GEORGE TOWN - Satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi seorang lelaki yang bergerak bersendirian tumpas selepas polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam dekat sini pada Rabu lalu.
KLANG - Polis sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa jenayah pecah rumah sekitar daerah ini sejak bulan lalu.