LABUAN - Seorang lelaki berusia 51 tahun dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 18 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak perempuan tirinya berusia 15 tahun dan melakukan sumbang mahram sejak lima tahun lepas.
KUALA LUMPUR - Seorang bekas ahli bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. bahawa RM606.51 juta didepositkan dan dibelanjakan oleh bekas Perdana Menteri itu melibatkan tiga bank akaunnya dalam tempoh tiga tahun.
TEMERLOH - Dua lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Jambatan Kampung Gajah Mati, di sini pagi tadi.
RANTAU PANJANG - Ayam sejuk beku bernilai RM300,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini menerusi pangkalan haram di Sungai Golok berjaya dirampas menerusi Op Wawasan bermula Januari hingga semalam.
KUALA KUBU BHARU - Perbuatan keji seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor sakit puan dan membuat gangguan seksual melalui panggilan seksual akhirnya berbalas apabila dia dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas empat pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap dua wanita Jun lalu.
PUTRAJAYA - Hanya 30 peratus daripada 100 aduan yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara purata setiap hari yang boleh disiasat di bawah perundangan berkaitan rasuah.
SEBERANG PERAI - Seramai 189 pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini tampil mengemukakan permohonan pulang ke negara asal menerusi program Back For Good (B4G) dalam tempoh tiga hari bekerja selepas dilaksanakan bermula 1 Ogos lalu sehingga semalam.