TAWAU - Kesemua enam suspek utama yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seekor gajah Pygmy di Sungai Udin, Dumpas Kalabakan dekat sini, pada Khamis lepas, ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut.
BEIJING - Seorang bekas Datuk Bandar, Zhang Qi disiasat Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan selepas 13.5 tan jongkong emas bernilai kira-kira AS$500 juta (RM2 bilion) dan wang tunai AS$37 juta (RM155.1 juta) ditemui polis di bilik bawah tanah rumahnya di Bandar Haikou, Pulau Hainan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.
SEBERANG PERAI - Dua jururawat wanita di Kepala Batas di sini masing-masing kerugian wang sebanyak RM22,840 dan RM6,770 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud semalam.
TAWAU - Polis menahan enam lelaki termasuk seorang peneroka dan pekerja yang digajikan khas Felda, serta seorang pendatang tanpa izin, yang disyaki terbabit dalam kes tembak seekor gajah yang ditemui mati di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas dekat sini, Selasa lepas.
KEMAMAN - Seorang nelayan warga Thailand diselamatkan pekerja Pelantar Minyak North Larut milik Petronas dekat sini pada Sabtu lalu selepas tiga hari hanyut di Laut China Selatan.
SHAH ALAM - Helah sebuah premis menjual barangan jenama tiruan secara langsung atau 'live' di laman Facebook dan Instagram terbongkar dalam serbuan di Alam Avenue, Jalan Serai Wangi, Seksyen 16, di sini semalam.
SHAH ALAM - Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya, bagi memadamkan kebakaran pada 14 Jun tahun lepas.