KOTA KINABALU - Seorang pembantu tadbir di Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Kota Kinabalu dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM1,290 pada Januari 2017.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui sudah lama isu rasuah, salah guna kuasa serta penagihan dadah membelenggu pasukan keselamatan itu.
KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan sembilan individu termasuk seorang wanita berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan individu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di Sarawak.
KLANG - Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun sehingga mati di sebuah rumah di Jalan Yadi, di sini, Ahad lalu.
KEMAMAN – Perbuatan seorang penganggur menyamar sebagai doktor pelatih di Hospital Kemaman di sini terbongkar selepas dia ditahan pengurusan pusat perubatan itu semalam.
KUALA SELANGOR - Seorang remaja lelaki disyaki didera oleh guru mengajinya sejak Julai lalu di sebuah rumah di Jalan Simpang Tiga, Jeram di sini.
PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta anaknya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.