CHRISTCHURCH - Rakyat New Zealand mula menyerahkan senjata api masing-masing semalam pada ketika satu skim beli balik senjata yang dilancarkan bagi mengurangkan pemilikan senjata api separa automatik susulan serangan mengejut ke atas masjid di Christchurch.
THE HAGUE - Polis Belanda menjumpai beribu-ribu pucuk surat yang ditanam di sebuah hutan oleh seorang pekerja pos, menurut pihak berkuasa kelmarin.
Jokowi, Prabowo berdamai
JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bertemu bekas calon pencabarnya, Prabowo Subianto semalam di sebuah stesen transit aliran massa (MRT) di Lebak Bulus, selatan Jakarta, pertemuan pertama kedua-dua individu selepas pilihan raya presiden 2019 pada April lalu yang dicemari insiden rusuhan yang menyebabkan beberapa individu maut.
SYDNEY - Seorang jurugambar merakam detik seekor ular sawa spesies tempatan membaham buaya air tawar di Australia, lapor rangkaian berita Fox News Network.
SERANG, Banten - Gara-gara takut bersunat, seorang budak lelaki dipercayai berusia lima tahun bertindak memanjat bumbung sebuah klinik di Indonesia, lapor akhbar Daily Mail.
SINGAPURA - Sebuah Kementerian Penuaan baharu yang menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Tenaga Manusia dan Pendidikan mampu membantu pihak berkuasa tempatan menangani peningkatan cabaran-cabaran semasa termasuk kehilangan kelompok profesional berpengalaman, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET) akibat perkembangan teknologi berautomasi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
AMSTERDAM - Dua daripada lebih 100 buah bangkai kapal era Perang Dunia Kedua yang tenggelam di perairan sekitar Indonesia, Malaysia dan Singapura dilaporkan hilang, lapor portal berita Livescience.