PATNA - Jumlah kematian di timur India akibat hujan monsun berterusan meningkat kepada hampir 140 orang, kata pihak berkuasa semalam pada ketika aliran air kotor menenggelamkan sejumlah hospital dan sekolah.
KOKOPO, Papua New Guinea - Gunung berapi Ulawun di Papua New Guinea meletus awal semalam, menghamburkan lahar merah ke langit dan memaksa penduduk yang pulang baru-baru ini berpindah semula.
WASHINGTON - Lebih 1,500 kilometer persegi bongkah ais pecah dan terpisah dari Benua Antartika beberapa hari lalu tetapi fenomena itu merupakan kitaran normal dan tiada kaitan dengan perubahan iklim, kata beberapa saintis.
WASHINGTON - Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menegaskan dalam satu wawancara kelmarin bahawa perang dengan Iran akan memusnahkan ekonomi dunia dan beliau sebaliknya mahu penyelesaian bukan ketenteraan dicapai dengan seteru di rantau Teluk itu.
LOS ANGELES, California -Peruncit fesyen, Forever 21 memaklumkan bahawa ia memfailkan permohonan muflis secara sukarela kelmarin, jenama terbaharu di Amerika Syarikat (AS) yang melaksanakan penstrukturan semula selepas ramai pengguna beralih kepada pembelian online.
Bastobe, Kazakhstan - Seorang pelajar wanita meninggal dunia semasa tidur selepas telefon pintar yang dicas oleh mangsa meletup di atas bantalnya, lapor akhbar The Sun.
JAKARTA - Dua artis popular Indonesia, Krisdayanti, 44, dan Mulan Jameela, 40, antara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Indonesia bagi sesi atau penggal 2019-2024 esok.