BEIJING 7 Okt. - Seramai tiga orang dilaporkan maut manakala 15 lagi cedera selepas seorang lelaki menikam orang ramai secara rambang dan memandu sebuah kereta lalu melanggar pejalan kaki di wilayah Zhejiang.
TOKYO 7 Okt. - Seorang tentera Jepun terbunuh dalam kemalangan kereta di Filipina sewaktu menjalani latihan ketenteraan bersama tentera dari Amerika Syarikat (AS) dan Filipina.
BANGKOK 7 Okt. - Soal kebajikan 421 orang rakyat Malaysia yang kini sedang ditahan di penjara-penjara seluruh Thailand tidak pernah terlepas daripada perhatian pihak kedutaan Malaysia di negara itu. Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, pihak kedutaan negara mengambil berat kebajikan setiap rakyat Malaysia yang berada di negara ini, walaupun mereka merupakan seorang banduan. “Kita memberi perhatian terhadap soal kebajikan setiap rakyat Malaysia di Thailand, walaupun mereka berada di dalam penjara-penjara di seluruh Thailand. Kita tidak pernah melupakan mereka,” katanya kepada Bernama di pejabatnya baru-baru ini. Minggu lepas, beliau dan beberapa kakitangan kedutaan melakukan lawatan terhadap Penjara Pusat Khao Bin di wilayah Ratchaburi, barat Thailand untuk bertemu dengan 16 orang banduan rakyat Malaysia yang sedang ditahan di penjara terbabit. Dalam kalangan 16 orang banduan rakyat Malaysia itu, individu paling tua berusia 71 tahun manakala yang paling muda berusia 39 tahun.
JAKARTA 7 Okt. – Vokalis kumpulan Ungu, Pasha menjawab tuduhan liar pengguna Internet yang menyalahkan Timbalan Datuk Bandar Palu itu atas bencana berganda, gempa bumi dan tsunami yang menimpa bandar berkenaan selain menuduh pemberian bantuan dibuat secara tidak adil dan menyeluruh.
SEORANG pemandu berhenti untuk memberikan bantuan kecemasan (CPR) kepada seekor tupai selepas berasa takut sama ada dia telah membunuh haiwan itu.
Tandatangan borang pengecualian setebal 40 halaman kalau nak masuk rumah hantu paling seram
MCKAMEY MANOR adalah sebuah rumah hantu yang paling menyeramkan daripada semua rumah hantu yang ada, lapor portal WTHR.
MENYELINAP masuk ke dalam dapur dan menekan telefon bimbit milik bapanya, Deena Kalinin, 7, menghantar pesanan mesej kepada ibu tersayang.