NORWAY, yang terkenal dengan undang-undang buruh yang paling longgar di dunia, rakyatnya hanya bekerja 33 jam seminggu. Pekerjanya juga diberikan 21 hari untuk cuti setahun dan memberi peluang kepada golongan ibu bapa untuk memohon lebih banyak cuti untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
KAHERAH 10 Okt. - Polis Mesir menahan anak lelaki bongsu bekas Presiden Mohamed Mursi atas tuduhan `menyebarkan berita palsu’ berhubung temu bualnya dengan agensi berita Associated Press (AP) yang berkisar tentang penahanan bapanya.
BEIJING 10 Okt. - Wilayah Xinjiang akan melaksanakan undang-undang penyeragaman baharu terhadap program anti keganasan di `pusat-pusat pendidikan semula’ yang telah mengundang kritikan hebat ekoran penahanan hampir sejuta penduduk, majoritinya umat Islam.
ANKARA - Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala 30 lagi masih hilang dalam insiden bot karam di luar pesisir pantai barat Turki, kata Kementerian Dalam Negeri Turki, hari ini.
LONDON 10 Okt. - Kedai kek, Ashers Baking Company berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Agung negara ini berhubung keengganannya untuk menghias kek tempahan dengan perkataan `Support Gay Marriage’.
MADRID 10 Okt. - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala ramai lagi hilang dalam kejadian banjir kilat yang melanda pulau peranginan Majorca di sini, hari ini.
BANGKOK - THAILAND. Anak lelaki bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tiba di pejabat peguam negara hari ini, bagi berdepan dakwaan penggubahan wang haram.