PANAMA CITY 12 Okt. - Angka korban susulan Taufan Michael yang melanda bahagian pantai Florida telah meningkat kepada sekurang-kurangnya enam orang di tiga negeri.
JAKARTA 11 Okt. - Tiga dilaporkan terbunuh selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan perairan luar pantai Bali dan Jawa awal pagi ini ketika Indonesia masih dibelenggu bencana di Sulawesi yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa.
TOKYO 11 Okt. - Hingar bingar acara lelongan tuna menjelang fajar menyinsing mula kendengaran buat pertama kalinya di pasar ikan baharu di Toyusu, hanya beberapa hari selepas pasar terkenal di Tsukiji ditutup setelah 83 tahun beroperasi.
JAKARTA 11 Okt. – Taktik sindiket jual bayi di Surabaya, bandar kedua terbesar Indonesia menggunakan laman Instagram terbongkar selepas kegiatan itu dikesan polis dengan tertangkapnya empat individu, bulan lalu.
TAMPA 11 Okt. - Ribut ketiga paling kuat yang dicatatkan dalam sejarah yang melanda tanah besar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kemusnahan besar di barat laut Florida selain beberapa bandar di pesisir pantai tenggelam.
PALU 11 Okt. - Indonesia melanjutkan tempoh sehari bagi operasi mencari mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi yang sepatutnya berakhir hari ini atas permintaan ahli keluarga.
DOHA – Qatar kelmarin memberi jaminan untuk menyalurkan bantuan bernilai AS$150 juta (RM623 juta) kepada Gaza, sehari selepas bahan bakar yang dibeli oleh negara Teluk itu tiba di satu-satunya stesen jana kuasa di wilayah yang dikuasai oleh Hamas.