•   Isnin, November 11
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga banduan
Berita Dunia

Pihak berkuasa Thai tahan semula banduan cuba larikan diri

BANGKOK 13 Okt. - Tiga banduan yang melarikan diri dari sebuah mahkamah wilayah di selatan Thailand 48 jam lepas, berjaya diberkas semula pagi ini.

Ketua Pengarah Jabatan Koreksional Thailand Naras Savestanan dalam kenyataan hari ini berkata, ketiga-tiga banduan lelaki itu ditangkap semula kira-kira 6.20 pagi ini (waktu tempatan) berhampiran sebuah bukit di Tambon Taco, daerah Tungtago di wilayah Chumphon.

Ketua pengarah itu akan ke Chumphon lewat hari ini untuk menyoal ketiga-tiga lelaki itu.

Dalam insiden nekad yang dirakamkan kamera keselamatan berhampiran, ketiga-tiga banduan itu merempuh keluar dari kompleks mahkamah Lang Suan setelah mencuri sebuah trak penjara yang digunakan untuk membawa mereka ke kompleks mahkamah.

Mereka adalah antara sekumpulan enam banduan yang melarikan diri dari mahkamah, bagaimanapun tiga daripada mereka yang cuba lolos dengan berjalan kaki, ditahan semula hampir serta-merta oleh pengawal yang bertugas. - BERNAMA



Wabak pertama Zika dikesan di India pada Januari 2017 di negeri
Berita Dunia

Virus zika di India meningkat kepada 50

NEW DELHI 13 Okt. - Jumlah kes virus zika telah meningkat kepada 50, menurut Agensi China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

Khabar angin Meghan hamil bertiup kencang
Berita Dunia

Khabar angin Meghan hamil bertiup kencang

MEGHAN Markle kembali ke lokasi majlis perkahwinannya pada Jumaat selepas lima bulan bergelar isteri kepada Putera Harry.

Angka kematian Micheal meningkat 17 orang
Berita Dunia

Angka kematian Michael meningkat 17 orang

MEXICO BEACH - AMERIKA SYARIKAT. [DIKEMASKINI] Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, angka kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 17 orang, sambil memberi amaran jumlah berkenaan dijangka bertambah.

Republik Turki menegaskan tidak menerima arahan dari mana-mana
Berita Dunia

Turki negara demokratik, badan kehakiman adil dan saksama

ANKARA 13 Okt. - Turki menunjukkan mereka adalah sebuah negara demokratik dengan mempunyai badan kehakiman saksama dan bebas, menurut Pengarah Komunikasi Presiden , selepas keputusan dibuat Jumaat lalu pada hari pembebasan paderi Amerika Syarikat (AS), Andrew Brunson.

Lapan pendaki maut di puncak Gurja
Berita Dunia

Lapan pendaki maut di puncak Gurja

KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya lapan pendaki terbunuh di puncak Gunung Gurja dalam kejadian ribut salji, kata pegawai hari ini.

Angka kematian Micheal meningkat 17 orang
Berita Dunia

Angka kematian Micheal meningkat 17 orang

MEXICO BEACH - AMERIKA SYARIKAT. Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, angka kematian akibat Taufan Micheal meningkat kepada 17 orang, sambil memberi amaran jumlah berkenaan dijangka bertambah.