•   Selasa, November 11
SEBAHAGIAN imigran Honduras berjalan kaki ke  Chiquimula, Guatemala pada Rabu lalu. AFP
Berita Dunia

Trump ugut tutup sempadan AS-Mexico

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam menghantar pasukan tentera untuk menutup sempadan AS-Mexico bagi menghalang kemasukan imigran secara beramai-ramai yang disifatkan satu retorik antiimigran menjelang pilihan raya Kongres.

Budak jual biskut depan kedai ganja
Berita Dunia

Budak jual biskut depan kedai ganja

OTTAWA - KANADA. Taktik seorang budak perempuan menjual biskut semasa orang ramai beratur panjang di sebuah kedai ganja di pusat bandar Edmonton membuahkan hasil lumayan, apabila kesemua hasil jualannya habis dalam tempoh kurang 45 minit.

Berita Dunia

Kereta api rempuh orang ramai di India, berpuluh maut

NEW DELHI 19 Okt. - Berpuluh orang dilaporkan maut selepas sebuah kereta api merempuh orang ramai di negeri Punjab hari ini.

Berita Dunia

Enam orang Rohingya maut dalam kebakaran

YANGON 19 Okt. - Seramai enam orang etnik Rohingya maut selepas satu kebakaran melanda kem pelarian di negeri Rakhine.

PELANCONG menconteng dinding berdekatan Tha Phae Gate, pintu masuk
Berita Dunia

Dua pelancong ditahan conteng dinding di Thailand

BANGKOK 19 Okt. - Seorang pelancong Britain dan seorang pelancong Kanada berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun sekiranya disabitkan kesalahan membuat lukisan grafitti pada tembok bersejarah Chiang Mai, yang merupakan antara tapak pelancongan utama di bandar raya ini dikenali sebagai “Tha Phae Gate”.

Furlong Lee dari Britain dan Brittney Schneider dari Kanada, kedua-duanya berusia 23 tahun, yang ditahan tengah hari semalam, juga boleh dikenakan denda 1 juta Baht (RM131,000) oleh mahkamah kerana kesalahan itu.

“Walaupun tuduhan terhadap mereka adalah melakukan vandalisme, tetapi hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka mencemarkan tempat bersejarah yang amat tinggi nilainya bagi orang ramai,” kata Ketua Polis Chiang Mai, Kolonel Teerasak Sriprasert seperti dipetik media hari ini.

Menurut beliau, polis sedang memburu dua lagi warga asing yang turut berada di tempat itu semasa kejadian.

Pada kira-kira 4 pagi Khamis, kamera keselamatan berhampiran tempat itu merakam imej dua pelancong berkenaan menulis perkataan “Scouser Lee B” dengan semburan cat pada tembok berkenaan, yang dibina pada abad ke-13, dan perbuatan mereka itu diperhatikan dua warga asing lain.

Perbuatan yang didakwa mereka lakukan terhadap tapak bersejarah yang amat disayangi penduduk tempatan itu mendapat kutukan hebat daripada netizen Thailand, sekali gus mendorong pihak berkuasa memberi reaksi segera dan mungkin mengenakan hukuman berat.

Polis percaya, semua rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan perbuatan itu berada di bawah pengaruh alkohol. 

“Scouser” adalah perkataan selanga Britain merujuk kepada seseorang yang berasal dari Liverpool. - BERNAMA


Kejam! belah perut, curi anak
Berita Dunia

Kejam! belah perut, curi anak

JOAN PINHEIRO - BRAZIL. Seorang ibu muda dibunuh dengan kejam apabila perutnya dibelah bagi mengeluarkan bayi berusia lapan bulan.

Turki
Berita Dunia

Sedar kiblat silap selepas 40 tahun

YALOVA - TURKI. Arah kiblat sebuah masjid di Sugoren, Yalova Barat terpesong sebanyak 33 darjah selama 40 tahun.