SEORANG ibu didenda 240 pound sterling (RM1,290) kerana mengambil anaknya keluar dari sekolah untuk menikmati percutian keluarga sehingga pelajar tersebut terlepaskan sesi pembelajaran selama setengah hari.
CHENNAI - INDIA. Kawasan pantai timur India dibadai siklon Gaja, hari ini
SEORANG supermodel Czech popular dilaporkan akan datang ke Thailand pada Disember untuk mencari lelaki tempatan yang membantunya semasa tsunami 2004 serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan semasa bencana itu.
YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa imigresen Myanmar, hari ini menahan lebih 100 penduduk Rohingya yang menaiki bot di luar perairan Yangon, hari ini, sekali gus meningkatkan kebimbangan tentang gelombang baharu sindiket pemerdagangan manusia selepas ia ditumpaskan pada 2015.
PHNOM PENH - KEMBOJA. Mahkamah Jenayah Perang disokong PBB, hari ini mendapati dua pemimpin kanan rejim Khmer Rouge telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika era pemerintahan kejam mereka pada 1975-1979.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ekonomi ke atas 17 warga Arab Saudi yang terlibat dalam pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi termasuk pembantu Putera Mahkota, Mohammed Salman.
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki warga Indonesia yang anaknya terbunuh dalam nahas Lion Air, JT 601 telah memfailkan saman terhadap Boeing Co selepas mendakwa kecacatan reka bentuk pesawat 737 MAX 8 menjadi punca tragedi yang meragut nyawa 189 penumpang pada 29 Oktober lalu.