MEXICO CITY - MEXICO - Pemimpin haluan kiri, Andres Manuel Lopez Obrador berikrar melakukan transformasi radikal sebaik mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Mexico, sekali gus membuka laluan tidak pasti buat negaranya yang berhubung rapat dengan Amerika Syarikat (AS) daripada segi ekonomi dan keselamatan.
ANCHORAGE - ALASKA. Beberapa gempa susulan terus melanda kawasan kira-kira 13 kilometer di utara Anchorage, selepas gempa bumi berukuran 7.0 magnitud menggegar Alaska kelmarin.
BUENOS AIRES - ARGENTINA.Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengecam penunjuk perasaan 'ves kuning' yang bertindak ganas ketika menyertai bantahan kenaikan cukai bahan bakar di ibu kota Perancis, semalam.
KATHMANDU - NEPAL. Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi yang berdepan kecaman antarabangsa kerana kekejaman ke atas etnik Rohingya menggesa 'budaya damai' untuk menamatkan konflik antara komuniti.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata, kerajaannya meningkatkan tahap keselamatan di infrastruktur utama negaranya bagi menghadapi ancaman Rusia.
PARIS - PERANCIS. Sekumpulan penunjuk perasaan bertopeng dan bersenjata batang besi serta kapak, merusuh di tengah ibu kota Perancis semalam, membakar berpuluh-puluh kereta dan bangunan, sebagai membantah kenaikan cukai bahan bakar.
WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush yang membantu negaranya mengharungi zaman Perang Dingin dilaporkan meninggal dunia kelmarin pada usia 94 tahun.