WAMENA - INDONESIA. Pasukan keselamatan Indonesia menemui 16 mayat dipercayai pekerja binaan selepas insiden serangan berdarah dilancarkan puak pemisah di wilayah Papua, menurut tentera, hari ini.
OTTAWA - KANADA. Tindakan pihak berkuasa Kanada menahan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei telah mencetuskan bantahan kerajaan China yang menggesa pembebasannya.
Korea Utara mungkir janji?
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Korea Utara dipercayai telah mengembangkan pangkalan peluru berpandu jarak jauh sejak beberapa bulan selepas sidang kemuncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Pyongyang, Kim Jong-un.
MANILA - FILIPINA. Seorang senator di Filipina mencabar Presiden Rodrigo Duterte menjalani ujian dadah selepas beliau bergurau menggunakan ganja ketika sidang kemuncak Asean di Singapura pada bulan lalu.
MOGADISHU - SOMALIA. Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata pihaknya berjaya membunuh empat anggota militan dalam serangan udara yang menyasarkan kedudukan kumpulan pemberontak Al-Shabaab di Somalia.
TEHERAN - IRAN. Serangan bom kereta yang menyasarkan pos komando polis membunuh sekurang-kurangnya tiga orang di bandar pelabuhan Chabahar di selatan tenggara Iran, hari ini.
DAMSYIK - SYRIA . Sekurang-kurangnya lima penduduk awam terbunuh dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur Syria, semalam.