14 maut kes rompak bank
BRASILIA – Seramai 14 orang terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan antara pihak polis dan sekumpulan perompak bank di sebuah bandar terpencil timur laut Brazil kelmarin, menurut pejabat gabenor negeri.
MADRID – Pihak pendakwa raya Sepanyol akan memfail aduan di sebuah mahkamah terhadap Shakira atas dakwaan mengelak membayar cukai berjumlah 14.5 juta Euro (RM68.8 juta), menurut satu laporan kelmarin. Peguam Shakira menafikan dakwaan itu.
PARIS – Polis Perancis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menahan lebih 700 penunjuk perasaan semalam apabila himpunan antikerajaan bertukar kecoh buat tiga minggu berturut-turut.
KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir melancarkan siasatan ke atas pasangan warga Denmark selepas rakaman video dan gambar memaparkan mereka memanjat puncak Piramid Agung Giza dan beraksi bogel.
TOKYO - JEPUN - Puteri Mahkota Jepun, Masako, hari ini memaklumkan beliau berasa 'tidak yakin' untuk menjadi maharani pada April depan, namun berjanji untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat negara tersebut.
TEL AVIV - ISRAEL - Pengiktirafan ke atas kumpulan hak asasi manusia, B'Tselem dan Al-Haq oleh Perancis pada Rabu lalu mencetuskan kemarahan pegawai tertinggi Israel.
OTTAWA - KANADA. Ketua Pegawai Kewangan syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei, semalam berdepan tuduhan melakukan penipuan di Amerika Syarikat (AS).