STRASBOURG - PERANCIS. Sekurang-kurangnya maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian serangan tembakan di pasar Krismas di bandar Strasbourg, semalam.
MANILA - FILIPINA. Kongres Filipina, hari ini meluluskan permohonan Presiden Rodrigo Duterte untuk melanjutkan undang-undang tentera dan menggantung keistimewaan writ habeas corpus di Mindanao untuk tempoh setahun iaitu sehingga 31 Dis 2019, dalam usaha mengekang "pemberontakan berterusan" di wilayah selatan Filipina.
OTTAWA - KANADA. Sebuah mahkamah di Kanada, semalam membenarkan ikat jamin Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat Huawei, Meng Wanzhou yang ditahan di Vancouver di bawah waran tangkap dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) pada 1 Disember lalu hingga mencetuskan krisis diplomatik dengan China.
JAKARTA - INDONESIA. Iklan televisyen memaparkan kumpulan K-pop, Blackpink memakai skirt pendek telah diharamkan daripada gelombang udara di Indonesia hingga mencetuskan bantahan peminatnya.
DHAKA - BANGLADESH.Kempen pilihan raya Bangladesh bertukar ganas apabila ratusan penduduk tercedera dalam tunjuk perasaan di seluruh negara.
LANGHORNE CREEK, Australia - Seorang wanita warga emas berumur 102 tahun melompat keluar dari sebuah pesawat pada ketinggian 4,267 meter untuk melakukan terjunan udara di sini baru-baru ini.
BANGKOK - Thailand akan mengadakan pilihan raya umum yang tertangguh pada 24 Februari 2019, kata Suruhanjaya Pilihan Raya semalam selepas junta menarik balik larangan aktiviti politik yang dikuatkuasakan selepas tentera merampas kuasa pada tahun 2014.