MANILA – Angka kematian akibat ribut yang melanda Filipina selepas sambutan Krismas meningkat kepada 68 orang dan dijangka terus bertambah, kata pegawai pertahanan awam semalam.
NAGI, Jepun – Pihak berkuasa sebuah bandar di daerah Katsuta, wilayah Okayama menawarkan sejumlah ganjaran termasuk wang tunai hampir AS$5,900 (RM24,400) kepada pasangan berkahwin di situ untuk melahirkan lebih ramai anak.
MOSCOW - Petugas-petugas menyelamat berusaha mencari mangsa terselamat selepas sebahagian daripada sebuah bangunan apartmen tinggi runtuh di bandar Magnitogorsk, Rusia awal pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 79 yang lain hilang, lapor beberapa agensi berita.
ARLINGTON, Texas – Seorang bayi seberat 6.72 kilogram (kg) selamat dilahirkan di sebuah hospital di Texas pada 12 Disember lalu, dipercayai kedua terbesar di negeri ini, lapor akhbar USA Today.
MANSOURA, Mesir – Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang wanita kerana membuat gangguan seksual terhadap seekor monyet di utara negara ini, lapor akhbar Al-Ahram Jumaat lalu.
SYDNEY – Seramai tujuh orang lemas ketika gelombang panas melanda Australia, mengakibatkan orang ramai menyerbu pantai dan kolam renang untuk menyejukkan badan, sementara ribut tropika di utara negara itu diramal menambah kekuatan menjadi siklon pada hari tahun baru.
Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter yang diikuti ombak besar tsunami setinggi lebih tiga meter melanda Pulau Sulawesi di Indonesia pada 28 September lalu.