Suspek kes tetak Ketua Polis Daerah Besut direman
BESUT - Seorang bekas pengurus sebuah syarikat ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan kes menetak Ketua Polis Daerah Besut, Mohd. Zamri Mohd. Rowi semalam.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Raja Norshuziana Shakila Raja Mamat di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki berusia 33 tahun tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan dengan senjata.
Kosmo! Online semalam melaporkan Mohd. Zamri cedera parah akibat ditetak dengan sebilah parang oleh jirannya yang disyaki menghidap penyakit mental di hadapan rumahnya di Taman Cordova Residence, Padang Luas... Baca berita penuh di Kosmo
Anda masih belum bertemu jodoh?
Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 282,753 ORANG berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.