Arab Saudi akui kematian Jamal Khashoggi
RIYADH - ARAB SAUDI . Kerajaan Arab Saudi hari ini mengesahkan kematian wartawan terkenal, Jamal Khashoggi yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul, kata media rasmi.
Pendakwa awam Arab Saudi, dalam satu kenyataan berkata, berlaku pertengkaran di antara Khashoggi dan pihak yang ditemuinya di konsulat berkenaan hingga membawa kepada kematiannya.
“Siasatan masih lagi berjalan dan setakat ini 18 warga Arab Saudi telah ditahan. Seorang penasihat kerajaan, Saud al-Qahtani dan timbalan ketua perisikan Ahmed Asiri turut dipecat dari jawatan mereka,” kenyataan itu menyebut.Baca berita penuh di Sinar
Anda masih belum bertemu jodoh?
Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 282,753 ORANG berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.