LUKUT - "Secara peribadinya, beliau merupakan anggota yang yang berdedikasi dan patuh dengan arahan," itu kata Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis.
RANTAU PANJANG - Ibu mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana berharap dia tidak perlu menatap gambar anak lelakinya sebelum jenazah tiba.
SHAH ALAM - “Rasa macam mimpi sebab betul-betul tak sangka arwah dah tak ada’. Demikian luahan hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya, Izatul Akma Wan Ibrahim lemas ketika operasi menyelamat di sebuah lombong, lewat malam tadi.
Tutup laluan ke lombong
SHAH ALAM - Kawalan keselamatan di kawasan lombong yang menyebabkan enam anggota bomba lemas semalam akan dipertingkatkan.
LUKUT - Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan rakaman kejadian saat akhir sepasukan bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
SIBU - Keluarga arwah Yahya Ali, 24, anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja di Puchong, Selangor malam tadi, telah memohon penerbangan ihsan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk membawa pulang jenazahnya ke Sarawak hari ini.
SHAH ALAM - Anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat, Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari sangat komited dengan kerjayanya.