RANTAU PANJANG - Jenazah anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat di lombong Taman Putra Perdana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Stol, jam 7 petang tadi.
Tutup laluan ke lombong
SHAH ALAM - Kawalan keselamatan di kawasan lombong yang menyebabkan enam anggota bomba lemas semalam akan dipertingkatkan.
PUCHONG - "Fahmi sempat minta izin untuk keluar jumpa rakan sebelum kejadian itu." Begitulah luahan Che Rosmilawati Saidin,35, ibu kepada mangsa yang dilaporkan lemas di lombong Taman Putra Perdana semalam.
SHAH ALAM - Anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat, Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari sangat komited dengan kerjayanya.
PUCHONG - Dua pemandu dilapor cedera dalam kemalangan membabitkan kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan sebuah lori di Persiaran Kinrara, Bandar Kinrara di sini, tengah hari tadi.
PORT DICKSON - "Arwah bukan saja wira kepada rakyat Malaysia, tapi wira pada keluarga kami," kata Rosmadi Othman, 35, abang sulung kepada Adnan, 33, salah seorang anggota bomba yang meninggal dunia ketika operasi menyelamat mangsa lemas di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor semalam.
SHAH ALAM - Panggilan yang diterima daripada saudaranya jam 12.45 pagi tadi membawa berita kematian mengejutkan Nuriah Omarbaki, 30, kakak anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat.