PUCHONG - Dua pemandu dilapor cedera dalam kemalangan membabitkan kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan sebuah lori di Persiaran Kinrara, Bandar Kinrara di sini, tengah hari tadi.
PORT DICKSON - "Arwah bukan saja wira kepada rakyat Malaysia, tapi wira pada keluarga kami," kata Rosmadi Othman, 35, abang sulung kepada Adnan, 33, salah seorang anggota bomba yang meninggal dunia ketika operasi menyelamat mangsa lemas di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor semalam.
SHAH ALAM - “Rasa macam mimpi sebab betul-betul tak sangka arwah dah tak ada’. Demikian luahan hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya, Izatul Akma Wan Ibrahim lemas ketika operasi menyelamat di sebuah lombong, lewat malam tadi.
SHAH ALAM - Panggilan yang diterima daripada saudaranya jam 12.45 pagi tadi membawa berita kematian mengejutkan Nuriah Omarbaki, 30, kakak anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat.
RANTAU PANJANG - Ibu mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana berharap dia tidak perlu menatap gambar anak lelakinya sebelum jenazah tiba.
SHAH ALAM - [VIDEO] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menumpukan kepada kebajikan keluarga enam anggota bomba yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat di sebuah lombong, malam tadi.
SIBU - Keluarga arwah Yahya Ali, 24, anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja di Puchong, Selangor malam tadi, telah memohon penerbangan ihsan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk membawa pulang jenazahnya ke Sarawak hari ini.