KENINGAU - Polis sedang giat memburu seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki membunuh dan membakar mayat isterinya yang ditemukan rentung di kawasan semak sebuah kebun di Batu 8, Jalan Sook, di sini, Khamis lalu.
KANGAR - Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dan keluarganya pada program itu yang bermula hari ini hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti dan desakan pelbagai pihak.
KLANG - Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar diberkas ketika sedang leka menangguk kerang sehingga 900 kilogram (kg) tanpa lesen pada pada jarak 0.3 batu nautika muara Sabak Bernam, semalam.
SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya merampas 405 kilogram (kg) pisang dan 360kg lemon di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis lalu.
JOHOR BAHRU - Seorang peniaga dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan kayu selepas terlanggar cermin sisi sebuah kereta di kawasan letak kenderaan di Jalan Sutera, dekat Taman Sentosa kelmarin.
JOHOR BAHRU - Seorang pemandu e-hailing berputih mata apabila disamun sekumpulan lelaki yang bersenjata parang di tempat letak kenderaan di Persiaran Saujana, Jalan Masai Lama dekat Johor Jaya awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR - Pihak polis kini sedang menjejaki dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat dengan menggunakan api sehingga mengakibatkan pondok pengawal di sebuah kondominium di Setapak di sini musnah dijilat api awal pagi tadi.