NILAI - Pasukan keselamatan menggagalkan cubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai transit pengedaran dadah dengan kejayaan rampasan sebanyak 3,667 kilogram (kg) dadah jenis kokain dan ketamin bernilai RM676 juta di Selangor baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Sebanyak 69 laporan telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian bendera diterbalikkan yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu bagi dirakamkan percakapan mereka susulan perhimpunan Bantah Tulisan Khat Sekolah Tamil yang diadakan di Little India, Brickfields di sini hari ini.
Banjir lumpur, pemaju projek lebuh raya bertingkat dikena Perintah Berhenti Kerja
KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenakan Perintah Berhenti Kerja terhadap satu projek pembinaan lebuh raya bertingkat yang sedang dalam pembinaan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam, kerana kegagalan mengatasi masalah banjir lumpur di kawasan MRR2, 14 Ogos lepas.
IPOH - Polis Perak menyifatkan kenyataan Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong yang mendakwa siasatan pihak polis terhadap kes rogol terhadapnya dilakukan secara tidak profesional sebagai tidak berasas.
PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan pasport yang didalangi seorang lelaki warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Nagasari, Kuala Lumpur malam tadi.
SABAK BERNAM - Kegiatan sembilan penagih termasuk dua wanita menjadikan sebuah rumah di Parit 8 Timur Sungai Besar di sini sebagai sarang penagihan terbongkar apabila diserbu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kelmarin.