KAJANG - Seramai 12 individu warga Nigeria termasuk seorang wanita dicekup dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah kondominium di Batu 9, di sini tengah malam tadi.
KUANTAN - Malang menimpa seorang pengurus syarikat di sini apabila kerugian RM125,919 selepas meninggalkan maklumat peribadi di ruang iklan pinjaman ah long di laman Facebook.
JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjelaskan, tindakan seorang wanita yang mencedok air longkang dipercayai untuk kegunaan mencuci pinggan dan memasak yang tular baru-baru ini adalah salah anggap.
SEREMBAN - Kelicikan seorang lelaki yang memperdayakan seorang ahli perniagaan sehingga mangsa kerugian RM650,000 semata-mata untuk mendapatkan darjah kebesaran daripada Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri Melaka membawa padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
TAIPING - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian melarikan tiga kipas dinding di Masjid Nurul Islam di Aulong, di sini pada 28 September lalu.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang terlibat dengan sindiket penyeludupan rokok putih bernilai lebih RM16 juta termasuk cukai yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang semalam.
GOMBAK - Seorang warga emas nekad membakar dirinya dalam satu kejadian di rumahnya di Kampung Melayu Seri Gombak di sini semalam.