PETALING JAYA - Seorang lelaki tempatan kini diburu polis kerana dipercayai terlibat dalam kes cubaan samun di hadapan bangunan Phileo Damansara 2, di sini pada Ogos lalu.
KUALA TERENGGANU - Hajat seorang penganggur yang mahu berjinak-jinak menjadi pengedar dadah tidak kesampaian apabila dia diberkas polis di rumahnya di Kampung Padang Machang, Manir dekat sini pada kelmarin.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low amat rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu selepas beliau mengenali anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.
KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap hasil laut secara haram pada kelmarin.
SHAH ALAM - Polis sedang memburu seorang lelaki yang menggunakan gelaran 'Datuk' palsu bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan projek perumahan mampu milik melibatkan kerugian lebih RM1 juta.
GEORGE TOWN - Dua penjaga sangkar ikan warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan negeri ini kira-kira 0.3 batu nautika dari timur Pulau Jerejak dekat sini selepas didapati melanggar peraturan imigresen kelmarin.
PETALING JAYA - Seorang lelaki warga India kini menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang penyelia syarikat kawalan keselamatan di sebuah kondominium di sini semalam.