KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang wanita warganegara Filipina yang membuat laporan polis mendakwa dirinya diragut telah memakan diri apabila ditahan polis kerana membuat laporan palsu tentang kejadian tersebut semalam.
GOMBAK - Kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi pekerja di kebun, premis dan restoran serta perumahan terbongkar apabila diserbu oleh Jabatan Imigresen Selangor dalam satu operasi penguatkuasaan di sekitar Rawang di sini dan Batang Kali, Hulu Selangor petang semalam.
TAIPING – Dua lelaki ditahan bersama 635 gram dadah jenis heroin dan 100 gram dadah jenis methamphetamine dalam satu serbuan di sebuah pondok di dalam kawasan dusun durian di Kampung Sempeneh, Batu Kurau di sini hari ini.
SERI MANJUNG – Sebanyak lapan ekor lembu termasuk seekor anak lembu yang ditangkap dalam Operasi Tangkapan Haiwan Merayau Selasa lalu dilelong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini hari ini.
PASIR PUTEH - Polis mengklasifikasikan mangsa yang hangus dan ditemui terapung di sungai Kampung Puyu, dekat sini, kelmarin disahkan sebagai mangsa pembunuhan.
KUANTAN - Seorang bekas pembantu tadbir wanita didenda RM40,000 selepas mengaku salah atas 10 tuduhan alternatif membuat resit rawatan kesuburan palsu berjumlah RM84,520 bagi tujuan tuntutan perubatan selama dua tahun bermula 2015.
SHAH ALAM - Pihak pendakwaan akan membuktikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cradle Fund Sdn. Bhd. Nazrin Hassan dibunuh dan bukannya mati akibat kebakaran di bilik tidur di kediamannya di Mutiara Holmes, Mutiara Damansara tahun lalu.