KAJANG - Satu sindiket didalangi 12 warga tempatan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah serta melarikan kenderaan di sekitar daerah ini sejak Julai lalu akhirnya kecundang selepas kesemua mereka berjaya ditahan oleh pihak polis.
KEMAMAN – Perintah reman terhadap seorang suri rumah bagi membantu siasatan kematian bayi perempuannya berusia tiga bulan pada 11 September lalu dilanjutkan selama tujuh hari lagi sehingga Rabu depan.
SEBERANG PERAI - Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah selepas menahan seorang penjenayah lelaki di sebuah rumah di Taman Impian Jaya, Bukit Mertajam di sini awal pagi tadi.
KLANG - Bawa lori sampah tanpa lesen memandu yang sah antara kesalahan yang dikesan dilakukan warga asing dalam operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) di sekitar Meru dan Kapar di sini semalam.
KUALA LUMPUR - Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu pergaduhan melibatkan dua lelaki tempatan di Plaza Tol Bukit Kiara, Sri Hartamas yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.
SEREMBAN - Pelbagai jenis dadah bernilai RM3.6 juta yang dirampas oleh polis negeri ini sejak tahun 2000 dilupuskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan hari ini.
SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya merampas 28 kilogram akar kayu bernilai RM13,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 September lalu.