ALOR SETAR - Bekas penasihat peribadi dan kewangan kepada usahawan terkenal, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din dihukum penjara 15 tahun dan denda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM246,600 sejak lima tahun lalu.
SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 831 produk minuman beralkohol pelbagai jenama bernilai RM11,695.10 dalam satu operasi sekitar negeri ini pada Khamis lalu.
KUALA LUMPUR - Keghairahan pengunjung sebuah pusat hiburan dilayan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam terbantut selepas pihak polis melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Perdana Barat, Sentul di sini malam tadi.
JOHOR BAHRU - Seorang bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Tebrau dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melibatkan penipuan atas urusan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), pembelian barang kemas dan baucer kembali ke sekolah melibatkan kerugian RM39,450 antara November 2018 hingga Julai lalu.
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengusulkan agar mewujudkan bank data Asid Deoksiribonukleik (DNA) untuk dimasukkan di dalam sijil kelahiran agar dapat mengekang ketirisan untuk jangka masa panjang.
KLANG - Sebuah bot tunda ditahan Maritim Malaysia (APMM) kerana beroperasi tanpa alat bantuan sistem navigasi dan alat komunikasi di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.
SABAK BERNAM - Seorang tokan dadah yang memiliki lapan rekod narkotik ternyata tidak serik dengan perbuatannya apabila dicekup sekali lagi dalam serbuan di Hutan Simpan Sungai Karang di sini petang semalam.