JOHOR BAHRU - Sekumpulan 23 individu termasuk dua wanita warga Indonesia yang leka bermain judi pasar malam (sok ngo lak) terkedu selepas digempur polis dalam dua serbuan berasingan di tapak pembinaan di Pasir Gudang di sini awal pagi hari ini.
PASIR PUTEH - Penduduk Kampung Pulau Lima di sini mengadakan solat hajat semalam bagi memohon agar pencuri yang memecah tabung dan mencuri wang Masjid Pulau Lima di sini kelmarin insaf serta kembali ke pangkal jalan.
MEDAN - Sekumpulan pegawai daripada Taman Negara Gunung Leuser (TNGL) menahan seorang petani kerana disyaki menjual kulit harimau dan beberapa anggota badan hidupan liar di Sumatera Utara pada awal bulan ini, lapor portal berita Tribun Medan kelmarin.
CHANGLUN - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui maut dengan kesan tetakan pada lengan kiri dan luka pada belakang kepala di Kilometer 28 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis di sini semalam.
KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sekiranya perlu bagi membantu siasatan berkenaan penganjuran Himpunan Desak Menteri LGBT Letak Jawatan yang diadakan di ibu negara petang tadi.
KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sekiranya perlu bagi membantu siasatan berkenaan penganjuran Himpunan Desak Menteri LGBT Letak Jawatan yang diadakan di ibu negara petang tadi.
GOMBAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan selama empat hari akibat tidak sedarkan diri kerana tercekik roti di rumah pengasuhnya di sebuah pangsapuri di Selayang di sini pada 1 Julai lalu.