JITRA - Cubaan seorang lelaki disyaki penyeludup daun ketum untuk melarikan diri daripada polis gagal apabila kereta dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok jati di Jalan Bukit Wang di sini semalam.
MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan bekas keraninya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan penyelewengan dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjumlah lebih RM300, 000 pada dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes dan tetapkan bicara membabitkan kes anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah Januari lalu.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghentikan pemakaian baju lokap berwarna oren terhadap suspek yang dibawa ke mahkamah.
KUALA LUMPUR - Seramai 9 lelaki ditahan selepas disyaki menjalankan perjudian atas talian khas untuk pasaran rakyat di negara China dan tempatan di sebuah rumah mewah empat tingkat di Taman Gembira, Kuchai Lama di sini hari ini.
PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk menggugurkan perkataan mandatori bagi hukuman kes yang membabitkan penyalahgunaan dadah di negara ini.
PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar gagal mencapai penyelesaian dalam saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Nurul Izzah Anwar.