PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terlibat dengan isu berkaitan Projek IC 2.0 Sabah serta menegaskan bahawa resit yang ditularkan bukan resit rasmi jabatan itu.
PETALING JAYA - Seramai tiga lelaki ditahan menjual 607 minuman keras yang diragui kesahihannya bersama 32 karton rokok seludup bernilai RM10,490 dalam dua serbuan berasingan sejak dua hari lalu di sekitar daerah ini.
PASIR PUTEH - Maritim Malaysia menahan seramai 21 nelayan warga Vietnam bersama dua buah bot di lokasi kira-kira 170 Kilometer dari Kuala Tok Bali, di sini semalam.
IPOH - Ahli Exco DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong yang disiasat atas dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia kembali menjalankan tugas seperti biasa hari ini.
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussein kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.
KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat merampas 850 liter diesel dan 180 liter petrol serta menahan enam pendatang asing tanpa izin warga Filipina dalam Op Bersepadu di kawasan perairan Batu Kudat, semalam.
SEPANG - Dua lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 1.05 kilogram yang disorok dalam tapak kasut salah seorang daripada mereka ke Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini Sabtu lalu.