LUMUT - Gara-gara bergaduh mengenai bil elektrik, seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas ditikam abang kandungnya di hadapan sebuah kedai makan di Pantai Remis di sini semalam.
KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik Safiey Ilias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita 'Instafamous' yang dikenali sebagai Baby Arra Januari lalu.
GEORGE TOWN - Polis berjaya menyelesaikan sebanyak 18 kes berhubung kegiatan curi kenderaan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah dan Barat Daya di negeri ini selepas menangkap enam individu dalam serbuan di Kedah pada 18 Julai lalu.
TAIPING - Seorang bapa bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak kandungnya bulan lalu.
ALOR SETAR - Sepasang suami isteri warga Thailand masing-masing dihukum penjara tiga bulan dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga kepala babi pada minggu lalu.
SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh pendengaran semula permohonan pemindahan 33 pertuduhan dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melibatkan transaksi berjumlah RM42.76 juta berkaitan Visa Luar Negara (VLN) ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
KLANG - Tindakan sebuah bot nelayan melakukan kegiatan 'tarik tepi' menangkap ikan membawa padah selepas ditahan pada jarak lebih kurang 3.9 batu nautika dari Sungai Terap di sini malam tadi.