SEBERANG PERAI - Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menafikan dakwaan terdapat kes penculikan kanak-kanak di Bertam Perdana, Kepala Batas di sini seperti yang ditularkan melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp sejak semalam.
BATU GAJAH – Seorang buruh binaan warga Indonesia maut ditikam selepas bergaduh dengan rakan senegaranya di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Bemban, Kampung Pisang di sini semalam.
DUNGUN - Polis mengesan perbuatan segelintir individu cuba 'menangguk di air keruh' dengan menyamar sebagai ahli keluarga salah seorang tiga pekerja resort yang masih hilang di perairan Dungun bagi tujuan melakukan penipuan.
SABAK BERNAM - Kelicikan seorang nelayan warga Myanmar menjual dadah sejak setahun lalu berakhir selepas diberkas hadapan sebuah rumah di Bagan Sekinchan, Sekinchan, di sini semalam.
KLANG - Seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah disyaki syabu ditahan polis selepas mengamuk menggunakan sebilah pisau di hadapan sebuah rumah di Lorong Batu Nilam di sini hari ini.
PUTRAJAYA - Dua pengembara warga Amerika Syarikat (AS), Samantha Henry dan Will Lucas yang didakwa hilang sebelum ini sebenarnya ditahan oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan berkaitan pasport.
SHAH ALAM - Seramai 95 individu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah komersial sejak 2009 sehingga kini yang membabitkan kerugian mencecah RM4 juta.