KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 24 Ogos ini.
KUALA TERENGGANU - Kes penyebaran gambar dan video palsu penganjuran pesta tarian separuh bogel di Pulau Perhentian, Besut yang tular di media sosial baru-baru ini akan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
SEPANG - Seekor kucing baka British short hair tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam negara oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berikutan permit import yang mengelirukan.
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kuala Lumpur berjaya merampas 4,320 unit cermin mata pelbagai jenama bernilai RM90,783 dalam satu serbuan di sekitar ibu negara di sini semalam.
PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.
KUALA LUMPUR - Seramai 516 individu yang juga pemilik akaun ditahan dalam satu operasi khas keldai akaun yang dijalankan secara serentak di seluruh negara bermula 17 hingga 30 Julai lalu.
KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan anggaran kerugian bernilai RM250 juta melibatkan kes jenayah siber bermula awal tahun ini hingga Jun lalu.