Kenderaan tentera Israel sengaja rempuh pemuda Palestin
BAITULMAQDIS - PALESTIN . Seorang pemuda Palestin cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, semalam.
Lapor agensi berita Maan, kejadian berlaku di selatan Al-Khalil.
Mangsa dikenal pasti sebagai Rashed Abu Aram berusia 21 tahun.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), mangsa dilanggar ketika sedang melintas jalan.
Tambah PRCS, susulan itu mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
PRCS mengesahkan pemuda berkenaan tidak mengalami kecederaan serius. - Press TV
Baca berita penuh di SinarAnda masih belum bertemu jodoh?
Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 282,753 ORANG berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.