PUCHONG - Pasukan penyelamat menggunakan khidmat unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Taman Putra Perdana semalam.
SHAH ALAM - Negara dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila enam wira penyelamat terkorban dalam usaha mencari dan menyelamat seorang remaja yang dipercayai terjatuh dalam lombong tinggal berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong.
PUCHONG - Dua pemandu dilapor cedera dalam kemalangan membabitkan kenderaan rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan sebuah lori di Persiaran Kinrara, Bandar Kinrara di sini, tengah hari tadi.
SHAH ALAM - Panggilan yang diterima daripada saudaranya jam 12.45 pagi tadi membawa berita kematian mengejutkan Nuriah Omarbaki, 30, kakak anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat.
SIBU - Keluarga arwah Yahya Ali, 24, anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja di Puchong, Selangor malam tadi, telah memohon penerbangan ihsan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk membawa pulang jenazahnya ke Sarawak hari ini.
RANTAU PANJANG - Ibu mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana berharap dia tidak perlu menatap gambar anak lelakinya sebelum jenazah tiba.
SHAH ALAM - “Rasa macam mimpi sebab betul-betul tak sangka arwah dah tak ada’. Demikian luahan hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya, Izatul Akma Wan Ibrahim lemas ketika operasi menyelamat di sebuah lombong, lewat malam tadi.