KLANG - Pengerusi dan pengetua sebuah tahfiz di Sungai Udang dihadapkan di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan penyalahgunaan wang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Turki berjumlah RM50,600 antara November 2018 hingga Februari lalu.
IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 November depan sebagai tarikh perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dikaitkan dengan seorang Ahli Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong.
Pengurusan kes penggubahan wang haram AS$248 juta Riza Aziz pada 6 Disember
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Dis untuk pengurusan kes Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi menetapkan 6 Disember bagi pengurusan kes Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248.173 juta (kira-kira RM1bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
IPOH - Tindakan sekumpulan lapan lelaki mengetuk pintu pagar dengan kuat mengakibatkan seorang wanita mati terkejut dipercayai terkena serangan jantung dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan New Delhi, Kampung Baru Buntong di sini kelmarin.
KUALA LUMPUR - Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim mengharapkan keputusan inkues yang akan diketahui Jumaat ini dibuat secara adil tanpa campur tangan pihak luar.
IPOH - Seorang lelaki maut selepas ditikam tiga kali di bahagian badan ketika bergaduh di hadapan sebuah kedai aksesori kereta di Jalan Lapangan Siber 1, Bandar Siber Botani di sini hari ini.