SHAH ALAM - Persatuan Pesara- Pesara Bomba Negeri Selangor mengesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melantik peguam bebas dalam pendengaran inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.
KUALA LUMPUR - Malaysia menganggap insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine hampir lima tahun lepas masih dalam siasatan dan masih menunggu keputusan serta bukti kukuh.
KUANTAN - Polis percaya dapat menyelesaikan 11 kes samun bersenjata di daerah ini yang dilakukan pada sepanjang Mei lalu sejurus menangkap dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun, kelmarin.
PETALING JAYA - Pelakon popular Mohd. Shoffi Jikan mengakui terkejut selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah tahun lalu.
SUNGAI BULOH - Tindakan seorang lelaki yang sanggup menempuh perjalanan daripada Pulau Pinang ke Sungai Buloh untuk menyertai rakan-rakannya melakukan jenayah samun akhirnya memakan diri apabila kesemua mereka yang merupakan ahli kumpulan Black Ruger berjaya ditumpaskan oleh pihak polis.
BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 24 September ini untuk perbicaraan kes seorang bekas pekerja salon yang dituduh menyebabkan kematian seorang pelajar kolej, Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada Januari lepas.
SUNGAI PETANI - Tindakan tiga lelaki mencuri 400 ekor ayam mentah di sebuah premis di Pasar Taman Kempas di sini mengundang padah apabila dua daripada mereka ditahan polis semalam.