PELABUHAN KLANG - Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk keluar bekerja terbantut selepas dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di Jeti Nelayan Foreshore, di sini, semalam.
AMPANG - Seorang lelaki Myanmar yang melambung anak saudara perempuannya berusia dua tahun sehingga maut selepas terkena kipas siling bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.
KUALA LUMPUR - Syarikat Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melaksanakan inisiatif untuk mengekang pertumbuhan produk tiruan dan alat ganti dalam pasaran.
KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan ke atas enam buah restoran di Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini semalam.
SEREMBAN - Seorang ejen penjual kereta terpakai mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah membabitkan urusan jual beli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini.
KUALA LUMPUR - Selepas 14 tahun bersama, rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi.
Terpengaruh video di telefon bimbit, murid Tahun Enam rogol kanak-kanak empat tahun
BATU GAJAH - Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang murid lelaki Tahun Enam bertindak di luar batasan dengan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa di sini.