LANGKAWI - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan tiga bot layar tempatan setelah didapati membawa penumpang warga China melebihi had dibenarkan di perairan Laut Selat, Penarak di sini semalam.
KUANTAN - Panik dimaklumkan suaminya ditahan polis dan perlu membayar wang untuk dibebaskan, seorang suri rumah di Bentong kerugian RM5,000 semalam.
JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memindahkan lima ekor lembu tanpa perakuan kebenaran pindah daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ), April lalu.
KUALA LUMPUR - Seorang wanita kerugian kira-kira RM 2,000 setelah kereta yang dipandunya dipecah oleh penunggang motosikal serta pemboncengnya di Jalan Gombak, kelmarin.
Polis Kuala Lumpur tahan 3,152 individu terlibat pelacuran dan judi online
KUALA LUMPUR - Seramai 3,152 individu telah ditahan dalam usaha pihak Polis Kuala Lumpur dalam memerangi kegiatan pelacuran dan perjudian online di sekitar ibu negara bermula pada awal tahun ini sehingga bulan lalu.
GOMBAK - Seorang pengarah sebuah syarikat mengalami kerugian bernilai RM2.5 juta selepas mendakwa dirinya ditipu berkaitan penjualan saham syarikatnya selepas wang tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat.
RAWANG - Berpakaian kain pelekat serta memakai kopiah seolah-olah ingin menunaikan solat Subuh menjadi taktik yang digunakan oleh seorang lelaki untuk mencuri sebuah beg tangan milik jemaah wanita di Surau As-Siddiqin, Taman Kundang Jaya di sini pagi semalam.