KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan telah memfailkan notis usul untuk memindahkan kes Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, yang juga pelakon, Datin Seri Zizie Izette A.Samad atas tiga pertuduhan rasuah dan bersubahat membabitkan pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra) bernilai RM2.8 ke Mahkamah Tinggi.
SEREMBAN - Sepasang suami isteri mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menyeleweng wang tempahan pembelian kenderaan daripada pelanggan sejak hujung tahun lalu.
KLANG - Polis menahan 13 lelaki termasuk pengedar dadah dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bukit Kerayong, Meru di sini semalam.
MELAKA - Suspek kes tikam isteri sehingga mati di Taman Seri Duyong Fasa Dua di sini pagi semalam disifatkan anak-anaknya sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang.
KUALA PILAH - Insiden pelajar lelaki sebuah sekolah berusia 14 tahun di sini dipukul oleh pelajar lain dipercayai berpunca daripada perbuatan mengejek nama ibu salah seorang pelajar terbabit.
KLANG - Tindakan dua buah bot nelayan Kelac C menunda pukat bawah 15 batu nautika dari persisiran pantai membawa padah apabila kedua-duanya ditahan Maritim Malaysia semalam.
KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah berusia 14 tahun di sini cedera pada bahagian kepala dan badan akibat menjadi mangsa buli di sekolah itu petang kelmarin.